Friday, 16 November 2012


RANCANGAN PENGAJARAN PRASEKOLAH

Kelas : Prasekolah Cemerlang
Tarikh  : 5 Oktober 2012
Masa  : 9.00-10.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid : 20 orang
Tema / tajuk  : Haiwan Peliharaan
Tunjang utama  :  Bahasa Dan Komunikasi (Bahasa Melayu)
Kesepaduan  : Tunjang Sains dan Teknologi & Tunjang Kreativiti dan Estetika
Standard Kandungan :
(BM 1.1.9) Membezakan jenis bunyi yang ada dipersekitaran.
(BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita, lagu.
Standard Pembelajaran :
(ST 3.4.1) Menamakan haiwan yang biasa dijumpai.
(ST 3.4.2) Mengecam bunyi haiwan yang biasa dijumpai.
(KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik.
Objektif Pembelajaran : Pada  akhir pengajaran dan pembelajaran muri dapat :
i)                    Menyebut nama haiwan jinak
ii)                  Mengecam bunyi haiwan jinak
Pengetahuan Sedia Ada : Pernah melihat haiwan jinak di rumah, zoo dan persekitaran
Kemahiran Berfikir : Banding beza, menjana idea, mengelas
Penerapan nilai : Bekerjasama, bertanggungjawab, tolong menolong dan bertolak ansur.
Bahan Bantu Mengajar : Video haiwab jinak , Bunyi haiwan jinak, video lagu Bunyi binatang, slaid power point haiwan jinak
Fokus MI : interpersonal, intrapersonal, kinestatik, muzik dan ruang
Eleman Merentas Kurikulum :  Keusahawan, Kreatif & Inovatif dan Teknologi.

Masa / Langkah

Isi Pelajaran
Akvititi P & P
Catatan

Set Induksi (5 minit)
·         Contoh haiwan jinak
·         Ayam
·         Itik
·         Lembu
·         Kucing
·         Burung
·         Kambing
·         Arnab
1.      Guru menayangkan video haiwan jinak.

2.      Murid menamakan haiwan jinak yang dilihat.

3.      Guru bersoaljawab dengan murid tentang haiwan jinak.
a)      Apakah nama haiwan ini?
b)      Dimanakah haiwan ini tinggal?
c)      Bagaimanakah bunyi haiwan ini?


Video
Komputer riba
Speaker

Kecerdasan pelbagai
Interpersonal
Intrapersonal

Aktiviti 2 (10 minit)
Kuiz meneka bunyi haiwan.
1.      Guru mengadakan kuiz meneka bunyi haiwan jinak.
.
2.      Guru memainkan bunyi haiwan yang terdapat dalam slaid power point ‘Mari Meneka Bunyi Haiwan’

3.      Secara individu  murid menyebut nama haiwan berdasarkan bunyi yang dimainkan .

Nilai : Bekerjasama
Tolong menolong
Bertolak ansur



Kemahiran berfikir
Membanding beza

Aktiviti 3 (15 minit)
Mengeja perkataan.
1.      Guru mempamerkan kad.
2.      Guru meminta murid mengeja’ perkataan Secara individu dan beramai-ramai secara berulang-ulang.

3.      Memadankan perkatan haiwan peliharaan dengan gambar di papan putih secara individu.


Nilai : Bekerjasama
Tolong menolong
Bertolak ansur




Aktiviti 4
(20 minit)

Mewarna gambar
a)Itik
b)Kambing
c)ayam
d)arnab

1.      Guru mengedarkan gambar haiwan peliharaan.

2.      Guru meminta murid mewarna gambar dengan kemas dan cantik



Kemahiran berfikir
Membanding beza


Penutup
(10 minit)

Mempamerkan hasil kerja.

Lirik lagu ‘ Bunyi Binatang’

Saya ayam kok,kok, kok
Saya itik kuek,kuek,kuek
Saya burung pit,pit,pit


1.      Guru mempamerkan hasil kerja murid yang cantik dan kemas dan memuji hasil kerja murid yang cantik.

2.      Guru memaparkan lirik lagu yang terdapat di papan putih

3.      Guru memasang lagu.
Murid diminta menyanyikan lagu


Lirik lagu
Komputer riba Pembesar suara


Kesepaduan
Kreativti & Estetika



















3 comments:

Lagu