Sunday, 18 November 2012
Friday, 16 November 2012
RANCANGAN
PENGAJARAN PRASEKOLAH
Kelas : Prasekolah Cemerlang
Tarikh  : 5
Oktober 2012
Masa  :
9.00-10.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid : 20 orang
Tema / tajuk 
: Haiwan Peliharaan
Tunjang utama 
:  Bahasa Dan Komunikasi (Bahasa
Melayu)
Kesepaduan  : Tunjang
Sains dan Teknologi & Tunjang Kreativiti dan Estetika
Standard Kandungan :
(BM 1.1.9) Membezakan jenis bunyi yang ada
dipersekitaran.
(BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respon terhadap
perbualan, permintaan, cerita, lagu.
Standard Pembelajaran :
(ST 3.4.1) Menamakan haiwan yang biasa dijumpai.
(ST 3.4.2) Mengecam bunyi haiwan yang biasa
dijumpai.
(KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik.
Objektif Pembelajaran : Pada  akhir pengajaran dan pembelajaran muri dapat
:
i)                   
Menyebut nama haiwan jinak
ii)                 
Mengecam bunyi haiwan jinak
Pengetahuan Sedia Ada : Pernah melihat haiwan jinak
di rumah, zoo dan persekitaran
Kemahiran Berfikir : Banding beza, menjana idea,
mengelas
Penerapan nilai : Bekerjasama, bertanggungjawab,
tolong menolong dan bertolak ansur.
Bahan Bantu Mengajar : Video haiwab jinak , Bunyi
haiwan jinak, video lagu Bunyi binatang, slaid power point haiwan jinak
Fokus MI : interpersonal, intrapersonal, kinestatik,
muzik dan ruang
Eleman Merentas Kurikulum :  Keusahawan, Kreatif & Inovatif dan
Teknologi.
| 
   
Masa / Langkah 
 | 
  
   
Isi Pelajaran 
 | 
  
   
Akvititi P & P 
 | 
  
   
Catatan 
 | 
 
| 
   
Set
  Induksi (5 minit) 
 | 
  
   
·        
  Contoh haiwan jinak 
·        
  Ayam 
·        
  Itik 
·        
  Lembu 
·        
  Kucing 
·        
  Burung 
·        
  Kambing  
·        
  Arnab  
 | 
  
   
1.     
  Guru menayangkan video haiwan jinak. 
2.     
  Murid menamakan haiwan jinak yang dilihat.  
3.     
  Guru bersoaljawab dengan murid tentang haiwan
  jinak. 
a)     
  Apakah nama haiwan ini? 
b)     
  Dimanakah haiwan ini tinggal? 
c)     
  Bagaimanakah bunyi haiwan ini? 
 | 
  
   
Video
   
Komputer
  riba 
Speaker
   
Kecerdasan
  pelbagai 
Interpersonal 
Intrapersonal 
 | 
 
| 
   
Aktiviti
  2 (10 minit) 
 | 
  
   
Kuiz
  meneka bunyi haiwan. 
 | 
  
   
1.     
  Guru mengadakan kuiz meneka bunyi haiwan jinak. 
. 
2.     
  Guru memainkan bunyi haiwan yang terdapat dalam
  slaid power point ‘Mari Meneka Bunyi Haiwan’ 
3.     
  Secara individu 
  murid menyebut nama haiwan berdasarkan bunyi yang dimainkan . 
 | 
  
   
Nilai
  : Bekerjasama 
Tolong
  menolong 
Bertolak
  ansur 
Kemahiran
  berfikir 
Membanding
  beza 
 | 
 
| 
   
Aktiviti
  3 (15 minit) 
 | 
  
   
Mengeja
  perkataan. 
 | 
  
   
1.     
  Guru mempamerkan kad. 
2.     
  Guru meminta murid mengeja’ perkataan Secara
  individu dan beramai-ramai secara berulang-ulang. 
3.     
  Memadankan perkatan haiwan peliharaan dengan
  gambar di papan putih secara individu. 
 | 
  
   
Nilai
  : Bekerjasama 
Tolong
  menolong 
Bertolak
  ansur 
 | 
 
| 
   
Aktiviti
  4 
(20
  minit) 
 | 
  
   
Mewarna
  gambar 
a)Itik 
b)Kambing 
c)ayam 
d)arnab 
 | 
  
   
1.     
  Guru mengedarkan gambar haiwan peliharaan.  
2.     
  Guru meminta murid mewarna gambar dengan kemas dan
  cantik 
 | 
  
   
Kemahiran
  berfikir 
Membanding
  beza 
 | 
 
| 
   
Penutup
   
(10
  minit) 
 | 
  
   
Mempamerkan
  hasil kerja. 
Lirik
  lagu ‘ Bunyi Binatang’ 
Saya
  ayam kok,kok, kok 
Saya
  itik kuek,kuek,kuek 
Saya
  burung pit,pit,pit 
 | 
  
   
1.     
  Guru mempamerkan hasil kerja murid yang cantik dan
  kemas dan memuji hasil kerja murid yang cantik. 
2.     
  Guru memaparkan lirik lagu yang terdapat di papan
  putih 
3.     
  Guru memasang lagu. 
Murid diminta menyanyikan lagu  
 | 
  
   
Lirik
  lagu 
Komputer
  riba Pembesar suara 
Kesepaduan 
Kreativti
  & Estetika 
 | 
 
Pendahuluan
Haiwan Peliharaan
Haiwan peliharan ialah haiwan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Haiwan peliharaan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang.
Haiwan Peliharaan
Haiwan peliharan ialah haiwan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Haiwan peliharaan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang.
Terdapat
berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tetapi
haiwan-haiwan yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan
peliharaan. Ianya adalah kucing, ikan, burung dan anjing. Di bawah ini tercatat
serba ringkas mengenai empat haiwan ini.
Kucing
ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya tergolong di
dalam spesies mamalia. Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan
pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke
hadapan, kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah
didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan untuk
dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan-pertandingan
kucing tercantik telah diadakan di seluruh dunia. Terdapat dua spesies kucing
yang menjadi kegilaan kepada peminat-peminat kucing, iaitu kucing siamdan
kucing parsi.
Seterusnya
kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di
dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis habitat bagi ikan
iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular untuk
dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan
air masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish. Ikan-ikan ini
dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang
menarik dan lain daripada yang lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan
juga dijadikan salah satu sumber bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia.
Ini kerana, spesies ikan adalah salah satu sumber protein yang paling penting.
Mari
kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan yang
berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia juga
dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat lebih
daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya dapat dibahagikan kepada
27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan, terdapat dua kumpulan burung yang
menjadi haiwan peliharaan kepadat peminat-peminatnya iaituGalliformes ( ayam,
itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ).Burung-burung dari kumpulan ini menjadi
rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan mempunyai kebolehan
tersendiri, contohnya kebolehan bercakap. Antara burung-burung ini adalah ayam
serama dan burung kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada sesetengah
burung juga dapat dijadikan juadah makanan.
Sampailah
kita kepada haiwan peliharaan yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga berada
di dalam keluarga mamalia. Sifat anjing yang paling ketara adalah
menyalak.Kenapa haiwan ini menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular?
Ini kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada si
pemiliknya. Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan Bulldog.
Di sini
dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini dapat
menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian.
Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia
dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita
hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka
bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah
S.W.T. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Comments (Atom)